Setiap ahli toneexcel di berikan perlindungan insurance kemalangan peribadi sebanyak RM100,000 dari Tune Insurance dengan syarat membuat top up minima RM50 sebulan.
Untuk mendapatkan perlindungan insuran pada bulan semasa, anda perlu top up minima RM50 pada bulan sebelumnya; contohnya jika anda ingin perlindungan insuran pada bulan April 2014 anda perlu top up minima sebanyak RM50 pada bulan Mac 2014.
Insuran ini akan bermula selepas 60 hari tempoh bertenang selepas ahli membuat pendaftaran.
Sila rujuk http://www.tunetalk.com/my/aboutus/whyTTPAinsurancheck dengan memasukan no kad pengenalan anda untuk mengesahkan sama ada anda layak atau tidak untuk mendapatkan perlindungan insuran tersebut.
Insurans ini tidak melindungi penunggang motosikal kerana kadar kemalangan yang melibatkan motosikal di negara kita amat tinggi. Oleh sebab itu, syarikat insuran tidak mampu memberi perlindungan kepada penunggang motosikal.
Insurans ini hanya boleh lindungi kecacatan kekal dan kematian akibat kemalangan sahaja. Kecederaan seperti patah tangan / kaki tidak dilindungi kerana tulang yang patah akan bersambung semula dan tidak dikategori sebagai kecacatan kekal .
Nombor Polisi anda boleh di rujuk di belakang simkad toneexcel. Terdapat 16 digit no tersebut. Simkad itu hendaklah di simpan untuk rujukan untuk membuat tuntutan.
Berikan maklumat IC pengenalan diri yang tepat semasa mendaftar, kesilapan memberikan maklumat IC yang salah menyebabkan anda tidak layak untuk mendapat perlindungan insuran tersebut. Rujuk pejabat Tone Excel (603-90563809) atau 13100 (Tune Talk) untuk memastikan maklumat IC anda tepat. Sila berikan salinan kad pengenalan anda kepada mereka.
Anda boleh mendapat maklumat mengenai Perlindungan Insuran Kemalangan dengan merujuk web ini:
Jika anda ada sebarang pertanyan mengenai insuran ini, sila rujuk kepada TuneTalk Claim Customer Service Officer 03-2070-2828 / 03-2070-8033.
Untuk maklumat mengenai maklumat polisi insuran, borang penama waris dan borang ‘claim’ insuran tersebut, sila rujuk POLICY WORDING, NOMINATION and CLAIM FORM
Dibawah ini ada satu contoh seorang sahabat kita, belum berkahwin, baru pakai handphone toneexcel selama 3 bulan, meninggal dunia kerana kemalangan, syukur kerana ibubapa arwah menerima sumbangan sebanyak RM100,000 dari TuneInsurance. Memang kehilangan arwah dan kesedihan tidak boleh digantikan dengan wang ringgit, cuma sekurang-kurangnya duit tersebut mampu mengurangkan sedikit beban kehidupan yang ditanggung oleh keluarga beliau.
KEPATUHAN SYARIAH